Penyokong dan pesaing A.C._Milan

Adik beradik Franco (kanan) dan Giuseppe (kiri) Baresi berentap dalam pertembungan Milan pada tahun 1980.

Milan merupakan salah satu kelab bolasepak yang paling ramai penyokong di Itali, menurut satu kajian pada Ogos 2007 oleh akhbar Itali La Repubblica[24]. Dari segi sejarah, Milan disokong oleh golongan pekerja dan ahli kesatuan sekerja,[25] di mana sebahagiannya terdiri daripada pendatang dari kawasan Selatan Itali. Sementara itu, kebanyakan penyokong saingannya pula Inter Milan merupakan golongan yang lebih kaya iaitu golongan pertengahan.[25]

Salah satu kumpulan ultra yang tertua dalam bolasepak Itali, Fossa dei Leoni, berasal dari Milan.[26] Ketika ini kumpulan ultra yang utama adalah Brigate Rossonere dan ia telah menjadi kumpulan utama sejak pertengahan 1970.[26] Dari segi politik, golongan ultra di Milan tidak pernah mempunyai kecenderungan,[26] tetapi pihak media seringkali mengaitkan mereka dengan golongan berhaluan kiri,[27] sehinggalah ketika di bawah Berlusconi sebagai presiden mereka kini dianggap sebagai berhaluan kanan.[28]

Para penyokong Genoa menganggap Milan sebagai musuh ketat selepas seorang penyokong Genoa Vincenzo Spagnolo telah terbunuh setelah ditikam seorang penyokong Milan pada Januari 1995.[29] Walau bagaimanapun, musuh utama Milan, adalah jirannya Inter; kedua-dua kelab ini bertemu dalam perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu Derby della Madonnina dua kali setiap musim Serie A. Nama pertemuan ini merujuk kepada Blessed Virgin Mary, yang mana patungnya yang terletak di atas Milan Cathedral merupakan salah satu tempat tumpuan di kawasan tersebut. Perlawanan tersebut biasanya menimbulkan suasana yang rancak, di mana banyak sepanduk (kebanyakannya lucu dan mengandungi kata-kata kesat) direntangkan sebelum perlawanan. Mercun juga biasa diguna, tetapi ia juga telah menyebabkan perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara 2004-05 di antara Milan dan Inter pada 12 April, 2005, dihentikan setelah mercun yang dilemparkan dari tempat duduk penonton oleh penyokong Inter terkena bahu penjaga gol Milan Dida.[30]